Pertanyaan (FAQ)

1. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan di MyPrintingBaju?
Terdapat 2 cara untuk membuat di MyPrintingBaju iaitu :


a. Tempahan secara online
- Anda perlu mengisikan maklumat penuh di borang Order Online dan kami akan memberikan sebut harga serta cara pembayaran melalui email.


b. Membuat temujanji
- Sekiranya anda ingin membuat temujanji untuk melakukan pembayaran, sila hubungi kami dan kami akan menetapkan tarikh masa yang sesuai untuk temujanji tersebut untuk anda.


2. Berapakah harga untuk setiap jenis t-shirt / baju di MyPrintingBaju?
Harga adalah bergantung kepada :

a. Kuantiti tempahan
- Semakin banyak yang anda tempah, semakin murah harga yang kami boleh tawarkan.

b. Jenis baju
- Sila berikan kod t-shirt / baju yang ingin anda tempah kerana harga untuk setiap jenis baju adalah berlainan.


c. Jumlah warna pada cetakan / sulaman
- Sila emailkan design anda kepada kami dan maklumkan samada anda memilih untuk membuat cetakan (Screen) atau sulaman pada t-shirt / baju tersebut.


3. Berapakah kuantiti minimum untuk tempahan t-shirt / baju di MyPrintingBaju?
Kuantiti minimum untuk tempahan adalah sebanyak 10 helai sahaja. Khususnya untuk produk ready made sahaja. Produk Ready made adalah produk katalog yang tersedia ada seperti yang dipaparkan di laman web ini.


4. Selepas melihat bahagian produk / e-katalog dari pihak MyPrintingBaju, tiada satu jenis design t-shirt / baju yang saya minati. Bolehkah pihak MyPrintingBaju membuat t-shirt / baju mengikut design saya sendiri?
Ya sudah tentu boleh, ia dipanggil rekaan custom made dengan menjahit t-shirt / baju mengikut design anda sendiri. Kuantiti minimum untuk tempahan pula adalah sebanyak 50 helai untuk jenis custom made.


5. Saya mempunyai t-shirt / baju sendiri, bolehkah saya hantar untuk dicetak atau disulam sahaja?
Ya boleh, tetapi kuantiti minimum adalah sebanyak 20 helai sahaja.


6. Saya berada di lokasi yang jauh (di Luar lembah klang/ Sabah & Sarawak), bolehkah pihak MyPrintingBaju menghantar tempahan saya melalui Pos?
Ya boleh, kami juga selalu membuat penghantaran untuk tempahan ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Poslaju Malaysia. Tetapi kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh anda sendiri.


7. Ada pelbagai pertanyaan lain yang ingin saya tanyakan kepada pihak MyPrintingBaju, bagaimana pihak MyPrintingBaju boleh membantu saya?
Sekiranya anda mempunyai soalan yang lebih yang ingin dipertanyakan, sila terus hubungi saya di talian 017-9169973 (Reyzarl).

Pelanggan kami

Pelanggan kami
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes